Saturday 16 February 2013

Bengkel Terbaru

Minggu Lepas hari Isnin...2 lagi peserta berjaya menghasilkan tshirt yang mereka cetak sendiri hasil bengkel urgentee. Dari JB dan KL...selamat maju jaya.

Urgentee di Utusan..web Utusan

Untuk membaca mengenai urgentee yang di Portal Utusan Malaysia
bagaimana kami mula terlibat dalam bisnes ini...
Anda juga mampu cetak baju sendiri dari rumah..

Friday 8 February 2013

Pinos Italian Restaurant Tshirt

2nd order from Pinos Italian Restaurant..looks like every branch they opened up , we will be doing their uniform/tshirt.....
Total order 72 tshirts...karching

Sunday 27 January 2013

Kumpulan ke 2 yang menyertai bengkel

Alhamdulillah Kumpulan ke2 telah selesai menjalani latihan bengkel print tshirt pada 26hb Jan 2012. Dari Perlis,Perak, Johor, Selangor mereka dstang untuk mempelajari cara cetak tshirt  mudah. Mereka adalah...En Fairuz/Fareed, Cik Nabilah, En Saiful Azanif, En Hanif..semuga maju jaya...dari Admin

Thursday 24 January 2013

Bengkel Cetak Tshirt Pertama berjalan lancar...Alhamdulillah

Batch pertama bengkel cetak tshirt 24 Jan 2013

Alhamdulillah, batch pertama Bengkel Cetak Tshirt Urgentee Print telah berjaya di jalankan pada hari ini 24hb Jan 2013...
Seramai 7 orang telah berjaya melaluinya...meraka sangat gembira dan diharapkan akan maju jaya dalam langkah seterusnya...kumpulan pertama...
1. En Zaidi...KB
2. Capt Rahimah...Penang
3. En Fairus Ipoh
4. Izamudin..Ipoh
5. En Radzi...Pahang
6. En Adam...Putra Jaya
7. Adik Nadeerah...Selangor

Admin berharap semua peserta dapat ilmu yang disampaikan dan insyallah berusaha hingga berjaya...
Terima Kasih dari Urgentee Print

Kumpulan ke 2 akan berbengkel hari Sabtu..26 Jan...jumpa anda disana..
Sesiapa yang berminat...sms/whatsapp
017 820 5631

Cetak tshirt dari rumah ....bukan rahsia lagi...print tshirt semudah ABC bersama Urgentee..

Wassalam

Friday 11 January 2013

Bengkel Kelas - Bisnes Tshirt dari Rumah Kumpulan Pertama

Bila , Dimana dan Berapa Harga? (Kelas Bengkel)

Assalamualaikum dan apa khabar saya ucapkan....
Pertama sekali, saya memohon maaf kerana masih tidak dapat memberitahu bilakah tarikhnya dan di mana
akan di adakan kelas bengkel Bisnes T shirt dari rumah dapat di laksanakan....Itulah 3 soalan yang di tanyakan pada saya dari message sms/whatapp dan email yang saya terima...

Untuk makluman semua saya tak menyangka akan mendapat response yang begitu banyak...sehingga talipon dan email hampir 'jammed' di buatnya...
Untuk pengetahuan...ini kali pertama kami membuat kelas ini. KAMI TIDAK MAHU ADA YANG
TERANIAYA.... 
 Tak pernah terpikir nak buat bengkel pun....

Kenapa lambat sangat nak bagitahu tarikhnya....?
1. Saya mahu memberikan bengkel yang terbaik supaya semua boleh faham...dan mudah memulakan bisnes 
    ini.
2. Saya perlu menyiapkan bahan dan alatan yang mencukupi supaya semua peserta dapat mencuba sendiri..
3. Seperti semua maklum, saya masih bersekolah...Tingkatan 5..saya terpaksa meminta bantuan Ayah dan      
    Ibu saya menyiapkan dan deal dengan supplier supaya kami dapat membantu anda semua memulakan 
    bisnes ini.dengan harga yang paling minima....saya rasa ayah saya yang paling layak berurusan kerana 
    Supplier lebih "gentar" dengan ayah saya. he he....saya takut saya di tipu....Insyaallah mungkin dapat di
    kurangkan harga alatan tersebut.
4. Ayah dan Ibu saya sedang berusaha mencari tempat yang selesa ( kelas yang formal..meja kerusi 
    aircond...) nampaknya kami terpaksa menyewa tempat untuk bengkel ini.
5. Kami bercadang untuk mengadakan kelas satu hari penuh...9 pagi hingga 5 petang...oleh itu kita akan
    menyediakan makan dan minum....supaya semua selesa dan seronok.
6. Alatan printer, cutter heat press perlu di sewa...untuk praktikal....alatan kami di guna untuk operasi..

Harap semua maklum....semua yang di atas memerlukan kewangan...jadi itu juga perlu ambil kira...

Untuk makluman yang memohon untuk menghadiri kursus ini beratus orang....., mustahil kami boleh 
ajar semua...so kami terpaksa memilih mereka yang benar benar berminat ...

Jadi untuk kelas yang pertama...pioneer hi hi....kami menghadkan kepada 15 ke 20 orang...harap semua
bersabar untuk giliran....
Kelas pertama akan diadakan pada cuti sekolah atau hujung minggu....yang pertama mungkin pada cuti panjang 24 Jan hingga 27 Jan. akan datang...mungkin kita ada kan 2 atau 3 kelas...

Apa yang di ajar...

1. 3 teknik mudah printing tshirt di rumah...( ingat ,tak perlu staff ....sendiri bikin...sendiri jual) low cost
     A.  Sublimation printing...paling ringkas ..paling murah....( saya dah buat dari sekolah rendah )
     B.   Vynil  plotting/cutting....( Yang ni...senang jugak...- Type aje dan print/cut/press ..budak muda suka    
                                      sebab simple. Bebudak U/college banyak order ngan saya....15 minit siap ...)
     C.  Vynil printing/plotting ....yang ini advance sikit...tetapi..hasilnya menarik...macam baju pro yang jual
           kat kedai ...
      D. Korporat tshirt printing....yang ni special...(kami dapat order dari syarikat korporat..he he..masyuk)
      E. Printing selain dari Tshirt( Bag, Selimut, bantal...extend the possibilities - diversified..wah korporat)

2. Kami ajar teknik marketing kami yang selalu menjadi.....paling penting...dan bagaimana nak reduce cost.

Last sekali yang paling UTAMA( yang buat kita tak perlu designer PRO)...kita ajar guna Software design paling simple....adik saya tingkatan 1 pun terer.
tak perlu IQ tinggi ...untuk guna Software cutter ni untuk design, copy/trace, printing and cutting....Ini tak di ajar di mana mana ,even syarikat yang jual mesin ini pada saya pun tunjuk camane nak sambung ke komputer aje...dalam 30 minit...aje....saya dan ayah terkial kial belajar..( 6 bulan nak mahir )...sebenarnya senang aje...Syarikat printing baju biasanya membayar graphic designer (RM150) per design...even ayat simple aje. Dengan software ini kita tak perlu pro graphic designer.
Dengan sofware ni....kita buat sendiri...apa aje yang ada di google image kita boleh print...senang kan.Print
photo pun boleh.


HARGA KELAS BENGKELNYA PULAK....??

Ok ....realitinya , sebelum saya dapat ilmu printing tshirt ni...sehingga kami dapat mula berniaga di rumah dengan kos yang rendah...ayah telah berhabisan beribu ( lebih dari RM 10K) ringgit...mencuba berbagai cara bagaimana supaya mudah bagi saya menjalankan bisnes yang mudah lagi menguntungkan , yang saya amat minati ini...jadi ilmu itu bukan datang dengan mudah....
Saya tidak mahu anda semua berhabisan beribu ringgit untuk ilmu ini....
Dengan sewa tempat(kelas) yang selesa( aircond,meja kerusi)....bahan bahan training( tshirt 5 helai seorang x RM18..tshirt US quality saya jualpun RM39 sehelai..X 5 ?)..bahan mentah printing ...hampir RM350 ringgit seorang...sewa alatan..dengan makan minum disediakan...penat lelah ayah ibu dah beberapa pembantu...DAN YANG PALING PENTING ILMU PRINTING ITU SENDIRI ( praktikal - hands on ).-..tak ternilai...dibandingkan dengan Harga bengkel....Tak jejak ribu ringgit pun.....mungkin dalam RM650 ke RM700...kalau datang berdua...kita diskaun, cuma RM550 sorang.

Selepas itu...dengan modal serendah kurang dari RM4000( nak bawah RM2000 pun boleh tapi tak pro)..anda boleh memulakan perniagaan ini.....bayangkan...untuk saya, ayah berhabisan RM10 K lebih...(itu belum kira tersalah beli barang-sebab tak de ilmu.

Satu lagi kelebihan....dengan menyertai bengkel ini, otomatik anda menjadi sebahagian dari urgenteeprint family...kita akan bantu untuk dapatkan supply mesin,bahan, tshirt kosong quality dengan harga murah untuk bisnes anda...bila kita beli secara berkumpulan ...kita mintak diskaun dari tokey Cina tu he he.

Oh ya..urgentee tak mampu melayan permintaan print customised tshirt melalui internet( banyak sangat)....kalau anda berada berdekatan dengan pelanggan kami...yang jauh dari Subang Jaya..kami bagi rezeki itu kepada anda...jadi register ngan blog kami ye....bisnes customised tshirt printing ni...besar permintaan nya...tak larat nak melayan
sampai tolak tolak....sebab tu kita kena bergerak bersama...berkongsi kek ..kata orang.

SATU PERKARA PENTING.....KAMI TIDAK MENJUAL MESIN DAN BAHAN , TSHIRT KOSONG, KAMI HANYA BANTU BELIKAN BAGI PIHAK ANDA....tentulah dengan harga yang relatif rendah..( itu kerja ayah saya) he he...

Oklah...cakap banyak pun tak guna...kelas pertama mungkin saya ambil 15 orang ke 20 orang...
siapa betul betul berminat SMS/whatsapp atau email

Semuga Allah memudahkan urusan kita semua...insyaallah.

Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dengan USAHA dan KETEKUNAN dan BERDOA

Jadi bagi yang berminat pastikan dari 24 Jan, 25 jan , 26 dan 27 Jan...anda FREE  untuk bengkel..
Bengkelnya 1 hari sahaja 9 pagi sampai 5 ptg...


Pilih tarikh yang anda rasa boleh hadiri...

24  Jan Khamis....hari..cuti Maulud Nabi
25  Jan Jumaat  Hari bekerja...jika ada permintaan kita akan penuhi 
26  Jan  Sabtu
27  Jan  Ahad

Cara bayaran akan di beritahu sekiranya anda sudah confirm tarikh dan tertakluk pada kekosongan.
Alamat tempat bengkel di Subang Jaya Selangor...detail akan di beritahu setelah bayaran di buat..


Wassalam
Admin..


017 8205631...3G data card///sms/whatsapp
urgenteeprint@gmail.com
facebook: Urgentee Print










Wednesday 9 January 2013

Peluang Berniaga T shirt...kami di utusan malaysia

Assalamualaikum, semalam , cerita admin telah di publish di utusan malaysia sisipan Mega..."Ain cetak sendiri T Shirt " ...9 Jan 2013, banyak response yang diterima...kebanyakan bertanyakan bagaimana mahu memulakan bisnes ini. Untuk makluman semua , di atas permintaan ramai , kita bercadang mengadakan kelas bengkel yang
akan memberi tunjuk ajar cara mencetak tshirt. Di sini admin ingin menerangkan apa yang di perlukan untuk menghadiri dan memulakan bisnes yang mudah,murah dan menguntungkan...Bisnes ini kalau saya mahu boleh saya simpan rahsia sendiri ..tetapi permintaan customised tshirt terlampau banyak...mustahil saya boleh melayan permintaan yang tinggi itu...tak termampu..
Cuba bayangkan...semua orang suka pakai tshirt...apalagi kalau tshirt itu di printkan tulisan atau gambar atau design yang kita suka...oleh itu kami ingin kongsi pengalaman ini
1. Anda perlu ada komputer dan tahu tentang operasi komputer. Tak perlu pandai sangat..kalau anda tahu nak print surat atau gambar di kertas ...anda boleh print tshirt....semudah ABC. Ini tak termasuk modal permulaan.Berapa ramai yang ada komputer di rumah tetapi tidak menggunakan sepenuhnya untuk tujuan berniaga. Paling paling paling pun guna untuk malayari internet, chatting atau facebook. Rugi betul...dengan sedikit modal
Tambahan anda boleh ada bisnes sendiri.
2. Anda perlukan modal paling sedikit lebih kurang RM4000 untuk membeli alatan seperti heat press , digital cutter, dan pigment ink printer.. ini alatan asas. Kami akan bantu belikan alatan ini...kami tak menjual alatan ini ye..
3. Kami akan memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan alatan tersebut sehingga anda boleh menghasilkan tshirt dan seterusnya start bisnes.
4. Apa yang anda dapat jika menghadiri kelas bengkel tersebut....
A. Ilmu pengetahuan cara membuat tshirt.
B. Bagaimana nak mulakan bisnes ini.
C. Praktical atau cuba sendiri dengan alatan yang kami sediakan. Kami akan beri beberapa tshirt untuk anda cuba dan bawa pulang....
D. Kami akan beri sofware design yang amat mudah untuk anda berlatih cara penggunaan nya di rumah. Percayalah memang mudah.
E. Secara eksklusif kami akan membantu supply barang dan bahan printing untuk anda menjalankan perniagaan tentulah dengan harga yang murah...sebab kami ada perjanjian dengan supplier kami.
F. Dari semasa ke semasa kita akan memberikan tunjuk ajar secara video atau email tentang teknik atau cara berbisnes yang lebih menguntungkan...
Semuga Allah permudahkan urusan perniagaan tuan puan ,adik adik kakak kakak.
Hubungi kami di
urgenteeprint@gmail.com
017 8205631 - sms atau whatsapp sahaja kerana ini no. Data 3g card...memang tak boleh call...
Wassalam ...terima kasih